i'm not perfect and i do believe everyone is not perfect..life live well...

Tuesday, 26 July 2011

Saturday, 23 July 2011

mY cOLleCtiON..................

buku first yang aku beli
yang kedua
yang ketiga
yang keempat
yang kelima
yang keenam
yang seterusnya aku sambung kemudian...

favourite book!!!!

aku ni dah takat jatuh cinta separuh mati kot dengan HLOVATE ni..First time baca buku hlovate ni masa lepas SPM..mula-mula tengok tajuk 'aA+bB'.. asal tajuk dia pelik sangat ni..betul lah curiousity kill the cat.. aku pun pinjam lah daripada library..lepas baca,oh! i'm fell in luv terus lah.. And then the rest is history..
cite ni sangat sweet...
cite ni pasal pengalaman cari Tuhan..sangat memberi makna..kita tak tahu bila kita akan mati..adakah kita akan sempat mengenal Tuhan sebelum Eleventh Hour seperti Chad,Fend,k2??
sebenarnya sangat susah kita nak berubah daripada perkara buruk kepada perkara baik. rasa sangat sakit,hati luka berdarah dan macam2.even u need pay for your life for this changes..
kisah suka duka zaman sekolah yang riang ria dan penuh nostalgia. Kisah persahabatan yang tulus..kisah Addin Shah dan Benz Alif yang tak pernah baik,kisah Mags 7 yang penuh gembira

hobi baru aku!!

sekarang ni aku dah mula baca buku' omputeh'. buku yang paling banyak aku baca sudah tentu buku Si Potter tu.entah macam mana boleh minat ntah..dulu aku jugak yang dok perli kawan aku cakap buku ni tak best.Sekarang aku pulak yang dok addicted ngan buku tu..setakat ni dah lima buah yang aku berkesempatan baca..yang lain tak lagi..tapi nak menghabiskan satu-satu buku tu memang seksa lah sebab dalam bahasa omputeh kan..aku try baca jugak sampai habis walaupun x paham semuanya..yelah,bukan'mother tongue' kita kan..
ni buku first yang aku baca..HARRY POTTER AND THE HALF BLOOD PRINCE

yang ni second..
yang ni third..
yang ni fourth..
yang ni last yang aku baca..yang lain tu xde masa lagi..

study itu best atau tidak??

kalau bagi aku lh,study sebenarnya depend time lh sama ada best atau x..kadang-kadang best,kadang-kadang x..paling x best best nyer biler kita tgh syok2 study,ada org kacau!!! berangin tau dak?? zaman sekolah dulu benda yang aku paling menyampah ialah add math dgn biologi..add math tuh kadang-kadang boleh bagi aku giler tau dak?? dengan formula yang segala bagai ntah apa nama tuh. dah lh sikit punyer rumit jalan kerja dia..salah sikit,memang ke laut lh jawabnya..memang x kn dapat jawapan yg betul lh jawabnya..cuba bayangkan,jalan kerja kita dah sehelai kertas kajang tiba-tiba dapat kosong..sape x sedih ooi....

tgk!! kan pening bila tengok formula yang segala bagai tuh..nak dapat A punya lh susah yang amat..nasib baik lah masa form 5 tu banyak kali jugak dapat A dan spm pun ALHAMDULILLAH dapat A..sebenarnya add math ni x susah pun..kena rajin buat latihan dan bila kita dah biasa dia akan jadi senang secara automatik..try lah kalau x caye..INSYAALLAH..................

Tuesday, 12 July 2011

KisAH neRAka JAhanAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kalajengking, dan dikisahkan dalam hadist tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Rabb kami, selamatkanlah.”


Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

BaLAsaN mENInggALKan SOLaT




                        Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."


                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"                         Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.                         Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM


                        Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

                        Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

                        Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                        "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

                        Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

KELEBIHAN AYAT KURSI


                        Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"                        Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.                        Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.
Cerita ni saya ambil dari salah satu laman web..semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua..InsyaAllah..

ice blended cendol: al-kisah sombong

ice blended cendol: al-kisah sombong: "Hal ini berlaku ketika iblis enggan sujud pada makhluk ciptaan Allah yang bernama Adam a.s. ini disebabkan penciptaan dan statusnya lebih ba..."

al-kisah sombong

Hal ini berlaku ketika iblis enggan sujud pada makhluk ciptaan Allah yang bernama Adam a.s. ini disebabkan penciptaan dan statusnya lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap iblis ini dengan firman-Nya,"Hai iblis,apakah yang menghalangmu untuk bersujud kepada yang telah Ku-ciptakan? Apakah kamu menyombongkan diri(takbur) atau kamu merasa termasuk dengan orang-orang yang lebih tinggi?".Iblis lantas menjawab:Ya Allah,aku memang lebih baik jika dibandingkan dengan Adam,Engkau ciptakan aku dari api sedangkan Adam, Engkau ciptakan dari tanah". Mendengarkan jawapan iblis yang sombong itu,Allah berfirman,"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir.
Mengapa kita perlu sombong?? Adakah kita ni dah terlalu tinggi darjatnya?? Allah s.w.t suka akan hambanya yang merendah diri. Jadi,tak usahlah kita menyombongkan diri kerana sombong itu amalan syaitan...
Walahualam....

Monday, 11 July 2011

4 perkara untuk sihat

4 PERKARA UNTUK SIHAT


4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

-makan dagin
-memakai haruman
-kerap mandi
-berpakaian kemas

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

-memandang benda yang hijau
-duduk menghadap kiblat
-bercelak sebelum tidur
berpakaian bersih

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

-tidak banyak berbual kosong
-rajin membersihkan diri
-bercakap dengan orang yang soleh
-bergaul dengan para ulama

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

-banyak minum air ketika makan
-sentiasa cemas
-banyak makan makanan masam
-banyak bersetubuh

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA

-memandang najis
-melihat orang dibunuh
melihat kemaluan
-membelakangi kiblat

sabar

sabar itu sesuatu yang manis tetapi untuk mencapai kemanisan memerlikan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat...
Dalam al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud" jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan" daripada Allah kita datang dan dan daripada Allah jua kita kembali" (surah al-Baqarah 2:156)

LIMA YANG PERLU DIRENUNGI:
S:Sayang akan Allah.
A:Amalkan sifat mahmudah
B:Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan
A:Al-Quran dan sunnah sentiasa di hati
R:Redha atas semua ketentuan Allah

LIMA YANG PERLU DIJAUHI:
S:Syaitan
A:Angkuh dan sombong
B:Bersikap negatif
A:Angan-angan yang melalaikan
R:Riyak

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rab al-'Alamin. Kita juga perlu percaya qadak dan qadar dan qadar Allah kerana itu salah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar Muslim.Sabar itu sebahagian daripada iman....Renung2 kan lah.....