[1]
Back off”. Leave me alone!!!!. Air mata jatuh macam air hujan aje gayanya. Aku tak nak ingat dah peristiwa yang memang sangat mencederakan hati je. Kalau boleh nak delete terus daripada memori aku aje… nasib lah aku ni ingat lagi Allah, kalau tak lama dah telan ubat tidur sebotol.haru lagi mengharukan aje kisah hidup aku ini. Memang sangat menyedihkan kalau nak cerita. Kalau bikin drama mau dapat drama terbaik aje. Thank Allah aku masih berpijak dekat bumi yang nyata.
Back off”. Leave me alone!!!!. Air mata jatuh macam air hujan aje gayanya. Aku tak nak ingat dah peristiwa yang memang sangat mencederakan hati je. Kalau boleh nak delete terus daripada memori aku aje… nasib lah aku ni ingat lagi Allah, kalau tak lama dah telan ubat tidur sebotol.haru lagi mengharukan aje kisah hidup aku ini. Memang sangat menyedihkan kalau nak cerita. Kalau bikin drama mau dapat drama terbaik aje. Thank Allah aku masih berpijak dekat bumi yang nyata.
Memori lama mengimbau kembali. Kenapa lah payah sangat aku nak lupa pasal peristiwa yang dah berkurun lama tu. Hangin betul aku. Benda yang lecturer ajar tak sampai sejam dah tak ingat. Memang lah aku ni. Sengal yang amat. Cuba fikir dengan akal yang logic sikit, exam dah nak dekat tapi boleh lagi buang masa fikir benda yang menyesakkan otak aku aje. Dah lah memori otak aku ni limited aje. Rasa macam nak masukkan memori prof johan,prof ali ngan prof ahmad aje. Senang hidup beb!!!. Jadi pelajar cemerlang lagi gemilang lah aku.. kalau boleh, dah berzaman aku buat. Tak payah nak memerah otak belajar bersungguh- sungguh.huhu. sabar aje lah, nama pun belajar. Tak ada yang senang kat dunia ini kalau kita tak berusaha. Huh!!. Tak baik mengeluh, kang habis aje pahala belajar ini.
Belajar ini memang buat aku separuh gila lah. Siapa kata belajar ini senang? Mau aku smackdown aje kalau ada manusia kat atas muka bumi ini kata senang. Aku punya lah berjanggut nak habiskan persediaan ini. Program setahun tapi syllabus untuk dua tahun punya. Boleh bayangkan tak masa yang sangat packed? Tak ada masa nak fikir pasal benda lain dah. Fikir belajar aje. Seminggu satu topic, tak ke agak cepat. Bukan agak tapi sangat cepat. Faham tak, sangat cepat!!. Diulangi lagi sangat cepat. Tak berapa nak jejak bumi sangat lah aku ini. Memang tak jejak pun , menginap di bilik yang paling tinggi kat hostel. Tingkat empat. Tu lah yang aku paling lemah cikit. Dah bertahun- tahun aku duduk kat bilik ground floor, tiba-tiba aku datang sini dapat singgahsana atas kayangan pulak. Speechless sekejap aku. Aku macam tak percaya aje masa mula-mula tengok slip pendaftaran tu. Sudahnya aku percaya aje sebab siapa lagi pemilik nama yang pelik lagi panjang kalau bukan aku. Dah lah nama blok klasik semacam aje. Rasa macam kembali zaman Hang Tuah lima bersaudara aje. Kot bagi lah nama yang moden sikit. Kata zaman IT dan teknologi. Ni kenanga. Aper class????
Natalia shuhana amalia bt rafeeq amran hafiz
Bilik 410
Blok kenanga
Now , you will face a new life!! Here I come. No more turning back. Go away all sad memory. Aku teringat kata-kata kat satu novel yang pernah aku baca
**********************************************************************************
[2]
**********************************************************************************
[2]
“when autumn comes,
All the leaves will fall and
Leaves behind all sad stories…
When the first ray of the
Spring arrives..
Carpet of daisies will shine
And rosebud will start to
Bloom…
Giving soul a fresh and new hope
To you…..
Thank to the writer. This quotes agak memotivasikan aku lah..tutup buku. Kena buka buku baru dah. Seminggu orientasi, memang terseksa lah aku. Benda yang aku paling tak suka bila nak mula belajar. Menatang ini lah.. ORIENTASI.. benda yang paling bebudak junior tak suka tapi paling disukai senior lah. Siapa tak suka kalau dapat peluang buli orang. Memang bahagia tahap tak ingat lah tapi beringat lah kalau nak buli pun. Tak payah lah suruh buat perkara yang tak masuk dek akal aje. Ada ke suruh tiup kipas sampai berpusing, tiup lampu kalimantang sampai menyala. Itu kerja gila namanya. Sampai berjanggut pun tak akan dapat. Guna akal logic lah sikit. Nasib baik ada senior yang baik hati tolong buka suis kipas dengan lampu. Sebelum bergegas turun kat dataran hostel, mata aku sempat tengok jadual masa minggu orientasi. Lepas breakfast ini ceramah daripada pengetua. Aiyoo.. masalah betul. Aku dah dapat bayangkan betapa bosan yang amat nanti. Ceramah yang standard for new student. Telinga aku dah lali dengar ceramah jenis ini..boleh buat aku nak termuntah aje. Ini baru aje orientasi, aku tak dapat bayangkan life aku untuk setahun kat sini. Hope life well. May Allah bless. Insya-Allah.
Habis pun ceramah yang buat aku rasa nak demam aje. Pengetua berapi-rapi mengingatkan semua pelajar tentang tujuan utama datang ke sini. Ini aje yang aku sempat dengar “ kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh sejak awal lagi”sebab yang selebihnya aku dah tak dengar. Nak dengar macam mana kalau mp3 dah memekak kat telinga. Kalau siren kebakaran memekak pun gerenti aku tak dengar sebab pasang volume tahap maksimum. Alah , bukan aku sorang aje buat macam tu,ramai lagi. Kat sebelah aku ni tengah lawan bingo dengan sosdengan member aku menggunakan kertas yang sepatutnya dibuat catatan. Rilek lah, nama pun budak-budak kan biar pun umur dah baligh pun. Tapi ada aje yang skema tahap gaban, dengar aje yang pengetua ceramah. Siap buat catatan lagi dowh. Nampak macam budak yang tak pernah tinggal kat hostel aje. Sebijik Nampak macam tak pernah berenggang dengan mak bapak aje gayanya. Haha. Kerja menambah dosa free aje aku ini. Cubalah berzikir ke, dapat jugak tambah pahala. Ni tak, kerja asyik nak kutuk orang aje. Selepas ini kitorang kena bergegas ke masjid pulak untuk sembahyang zuhur berjemaah.
Sembahyang berjemaah ini dah jadi rutin harian aku dekat hostel masa zaman sekolah lagi, jadi aku dah biasa lah dengan benda-benda macam ini. Syukur Alhamdulillah sebab aku jejak hostel masa aku form 1 lagi. Tinggal kat hostel jadi orang lah sikit biarpun kesalahan berjela-jela sampai tak cukup tangan warden nak tulis. Nakal betul aku zaman sekolah dulu.